Cari @ Amanz

Pada masa kini, sekuriti telah menjadi salah satu fokus utama, apatah lagi dengan pelbagai jenis adware, malware, dan junkware yang hadir terbina bersama-sama beberapa perisian ataupun ketika melayari web. Untuk membuangnya, salah satu perisian yang berguna daripada Malwarebytes adalah Junkware Removal Tool.

Junkware Removal Tool

Junkware Removal Tool merupakan sebuah aplikasi yang boleh dijalankan tanpa memerlukan pemasangan pada komputer. Ia berjalan dengan menggunakan antaramuka command-prompt, dan ia akan mengimbas komputer anda untuk sebarang program yang tidak dikehendaki seperti adware dan sebagainya. Selesai sahaja membuat proses mengimbas, Junkware Removal Tool akan membuang program yang tidak dikehendaki berkenaan dan memastikan sistem anda selamat daripada pihak ketiga.

Junkware Removal Tool ini boleh digunakan oleh semua sistem Windows, bermula daripada Windows XP sehingga Windows 10.

Jika anda ingin menyemak sistem anda daripada bahaya sebarang adware atau junkware, mungkin boleh memuat-turun Junkware Removal Tool daripada Malwarebytes ini, dan menyemak komputer anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd