Cari @ Amanz

Beberapa peranti di pasaran hari ini sedia menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang, dimana satu kamera digunakan untuk merakamkan gambar, dan satu lagi digunakan untuk merakamkan “kedalaman” – sekaligus memberikan kesan khas seumpama 3D pada hasil rakaman gambar. Terdapat juga peranti yang menyertakan teknologi sama pada kamera hadapan.

Kini, mengikut beberapa desas-desus awal, LG G5 dikatakan mungkin menyertakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang peranti berkenaan kelak.

LG G5Ia dikatakan LG mungkin menggunakan gabungan sensor 16-megapixel dan 8-megapixel pada kamera belakang mereka ini.

LG G5 ini juga dikatakan akan dilengkapi skrin bersaiz 5.3-inci Quad HD, cip Snapdragon 820, memori 3GB RAm, dan menyertakan sokongan pengimbas cap jari. Desas-desus sama turut mengatakan LG mungkin menyertakan sejumlah sensori lain, termasuk integrasi USB Type-C, dan juga sokongan IR Blaster.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan pihak LG tidak mengatakan sebarang perkara berkaitan ketirisan maklumat ini.

LG dijangka akan memperkenalkan peranti baru mereka tidak lama selepas pengenalan Galaxy S7 yang dijadualkan pada bulan Februari 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd