Cari @ Amanz

Setiap kali beralih ke komputer baru, salah satu perkara yang sering perlu dilakukan oleh anda adalah memasang pelbagai perisian baru – daripada pelayar web, pemain media, permesejan, dan sebagainya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu pakej perisian yang digunakan ramai adalah Ninite.

Ninite merupakan suatu nama yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam arena membaik-pulih komputer, atau sering beralih ke komputer baru.

Ninite

Melalui Ninite, pengguna boleh memilih pakej perisian yang mereka kehendaki, dan sebuah fail pemasangan khusus akan disediakan untuk anda. Menggunakan Ninite, pengguna boleh memilih pakej perisian percuma, yang terdiri daripada pelayar web, perisian untuk pembangun, pemain media, perisian grafik dan pengimejan, pengurus dokumen, sekuriti, perkongsian fail, dan pelbagai perisian berguna yang lain.

Selepas menjalankan pakej Ninite berkenaan, ia akan memuat-turun perisian anda di latar – dan menariknya mengenai Ninite adalah ia akan mengabaikan pelbagai perisian tambahan, seperti toolbar dan sebagainya yang hadir sama. Perisian yang dimuat-turun oleh Ninite juga adalah yang sangat terkini – memastikan anda menggunakan perisian versi terkini pada komputer anda.

Ninite

Bagi anda yang beralih ke komputer baru dan ingin memasang sejumlah perisian dengan mudah, mungkin Ninite ini boleh membantu proses berkenaan – berbanding perlu memuat-turun semuanya secara individu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd