Tongkat M+D Menopang Berat Pengguna Pada Siku Dan Bukannya Ketiak

Tongkat M+D Menopang Berat Pengguna Pada Siku Dan Bukannya Ketiak

Diterbitkan pada Dis 28, 2015 oleh .

Tongkat yang digunakan oleh mereka ayang mempunyai kecederaan kaki tidak mengalami sebarang perubahan sejak diperkenalkan pada kurun ke-19. Sejak dari awal lagi berat pengguna ditopang pada bahagian ketiak pengguna. Ini membuatkan ketika pengguna akan mengalami kesakitan dan juga menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian. Tongkat moden rekaan M+D ini cuba menyelesaikan masalah berkenaan penggunaan tongkat dan melakukan perubahan drastik pada rekaan tongkat sedia ada.

MD-Tongkat-1

 

Pertama sekali berat pengguna kini ditampung oleh bahagian siku dan lengan. Luas permukaan lengan dan siku yang lebih besar berbanding di bawah ketika menyebarkan berat dengan lebih baik. Pengguna tidak akan lagi mengalami kesakitan akibat penggunaan tongkat yang lama. Perubahan juga dilakukan pada kaki tongkat yang kini mempunyai “kasut” yang boleh digantikan mengikut keperluan. Kasut getah dengan tekstur seakan tayar yang digunakan menyerap hentakan dengan lebih baik serta mencengkam permukaan jalan dengan lebih baik mengelakkan pengguna dari terjatuh. Akhir sekali kawasan pemegang lengan boleh diputar bagi memudahkan pengguna bangun dan duduk. Ini berbeza dengan rekaan tongkat tradisional yang tidak boleh dilipat dan tidak boleh diubah mengikut keperluan. Tongkat M+D direka untuk digunakan oleh pengguna berketinggian 4’8″ sehingga 6’4″. Tongkat ini sedang mengumpul dana dan dijual pada harga $200 (~RM 860) sepasang.

MD-Tongkat-2

 


TIPS & ULASAN