Carian
Lockjaww – Cagak Pemegang Peranti Pintar Di Dalam Pesawat
December 27, 2015 Effi Saharudin

Sistem hiburan di dalam pesawat membantu mengurangkan kebosanan di dalam perjalanan yang jauh. Banyak syarikat penerbangan kini melengkapi kabin ekonomi mereka dengan sistem hiburan LCD terbina di tempat duduk. Namun harus diakui pilihan filem, rancangan TV dan permainan yang ditawarkan masih lagi terhad dan tidak semestinya memenuhi kehendak penumpang. Kami sendiri lebih gemar membaca e-buku di alam penerbangan yang jauh. Memegang peranti menjadi amat memenatkan selepas beberapa ketika dan alangkah baiknya jika wujud pemegang yang dapat memudahkan penggunaan peranti pintar di dalam pesawat.

Lockjaww-1

Lockjaww ialah sebuah lagi cagak pemegang peranti di dalam pesawat. Ia diselitkan pada meja makan pesawat dan direka untuk memegang peranti pintar dan juga tablet 7″. Sambungan amat mudah kerana tiada skru perlu diketatkan. Peranti pula dipegang kemas menggunakan mekanisme yang sama seperti pada sebuah kayu selfie. Dengan harga $15 (~RM 65) sebuah ialah mampu milik dan membolehkan anda menonton siri tv kegemaran yang telah dimuat turun tanpa memenatkan tangan. Kami perlukan Lockjaww sebelum pergi melakukan tugasan di luar negara selepas ini. Sebelum ini kami juga pernah memaparkan Air Hook yang mempunyai fungsi yang sama tetapi tidak boleh dilaraskan seperti Lockjaww.

Lockjaww-2

Komen