Lelong Dalam Persiapan Melancarkan Gedung Jualan Atas-Talian Mereka, LMall

Lelong Dalam Persiapan Melancarkan Gedung Jualan Atas-Talian Mereka, LMall

Diterbitkan pada Dis 28, 2015 oleh .

Lelong merupakan salah satu laman jual-beli yang popular dikalangan pengguna tempatan, dan telah beroperasi sejak beberapa tahun. Lelong juga boleh dikatakan antara laman memfokuskan edagang yang terawal dan popular sejak sebelum kedatangan laman-laman seperti Mudah, Lazada dan sebagainya.

Dengan pelbagai lambakan laman-laman berbentuk marketplace yang kian bertambah dari hari ke hari, kini pihak Lelong sendiri dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan versi mereka tersendiri, dinamakan sebagai LMall (Lelong Mall?).

Lelong LMall

Pihak Lelong masih belum berkongsi lagi berkenaan bilakah mereka akan melancarkannya. Tetapi, mereka telah mula menambah beberapa jenama popular dibawah LMall, termasuk antaranya adalah Nestle, Oppo, Razer, Blip dan juga TP-Link.

Berbeza dengan Lelong yang membolehkan sesiapa sahaja berjual-beli, laman LMall ini dilihat lebih memfokuskan kepada syarikat-syarikat menggunakannya.

Pihak Lelong masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya, tetapi beberapa jenama telah memulakan operasi mereka pada LMall. Mungkin ini memberikan petanda yang mana mereka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi – mungkin pada awal tahun 2016 kelak.

Layari : LMall


TIPS & ULASAN