Markah Penanda Aras MediaTek Helio X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Daripada Snapdragon 820 & Apple A9

Markah Penanda Aras MediaTek Helio X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Daripada Snapdragon 820 & Apple A9

Diterbitkan pada Dis 28, 2015 oleh .

Mediatek MT6797 Helio X20 ialah pemproses pertama yang mempunyai 10 teras. Ia mempunyai dua teras pada kelajuan 2.5 GHz, empat teras pada kelajuan 2.0 GHz dan empat lagi teras pada kelajuan 1.4 GHz. Sejak diumumkan Mei tahun ini, ramai tertanya-tanya tentang kemampuan sebenar pemproses ini. Markah penanda aras Geekbench Helio X20 tertiris dan tidak mengejutkan ianya mencatatkan bacaan yang tinggi.

Helio X20 Geekbench 1

Melalui ujian pelbagai teras, Helio X20 mencatatkan 7037 markah. Sebagai perbandingan Snapdragon 820 mencatatkan 5400 markah, Kirin 950 mencatatkan 6245 markah dan Apple A9 mencatatkan 4578 markah. Dalam ujian satu teras pula Helio X20 mencatatkan 2103 markah. Apple A9 masih lagi pemproses terbaik untuk satu teras dengan 2576 markah diikuti oleh Snapdragon 820 (2320) dan Kirin 950 (18271). Bagaimana pula dengan Exynos 8890? Buat masa ini hanya markah Antutu pemproses terkini Samsung ini tertiris. Markah ujian Geekbench masih lagi misteri bagi pemproses yang dipercayai akan digunakan pada Samsung Galaxy S7 kelak. Kami hanya berharap peningkatan kuasa memproses tidak akan menyebabkan hayat bateri berkurangan dengan mendadak. Pemproses peranti pintar sedia ada sudah cukup berkuasa dan kebanyakan pengguna lebih mementingkan hayat peranti dari kuasa memproses sejak kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN