Carian
Apple Mahukan Bayaran Ganti Rugi Tambahan $180 Juta Dari Samsung Kerana Melanggar Paten
December 28, 2015 Effi Saharudin

Kes penggunaan paten Apple of Samsung sudah berlarutan sejak 2011. Samsung didapati bersalah dan pada asalnya perlu membayar ganti rugi melebihi $1 Billion kepada Apple kerana rekaan peranti Galaxy mereka mempunyai banyak persamaan dengan peranti iPhone. Bayaran ini kemudian dikurangkan ke $548 Juta sahaja dan dibayar sepenuhnya oleh Samsung 14 Disember yang lalu. Ramai mungkin mengaggap kes ini sudah selesai dengan pembayaran tetapi nampaknya Apple masih belum berpuas hati.

Apple vs Samsung

Rabu lalu Apple dilaporkan memfailkan permohonan meminta bayaran ganti rugi tambahan $180 Juta. Ini adalah kerana menurut Cupertino peranti Samsung yang dikeluarkan selepas 2012 masih lagi melanggar paten rekaan mereka. Oleh itu mereka mempunyai hak meminta ganti rugi tambahan atas penjualan peranti-peranti ini. Kes ini masih lagi menanti sebutannya di mahkamah. Pihak mahkamah kemudian akan memutuskan sama ada Apple mempunyai kes baru terhadap Samsung. Perbalahan ini mungkin akan berterusan selama beberapa tahun lagi. Ini juga mungkin penyebab mengapa pengeluaran cip untuk peranti Apple di masa hadapan dikatakan akan hanya diberikan kepada TSMC dan tidak lagi dengan Samsung. Apakah pendapat anda? Adakah Apple berhak meminta ganti rugi tambahan?

 

Komen