Perbandingan HTC One X9, OnePlus 2 & Xiaomi Redmi Note 3

Perbandingan HTC One X9, OnePlus 2 & Xiaomi Redmi Note 3

Diterbitkan pada Dis 28, 2015 oleh .

Phablet HTC One X9 dilancarkan di China minggu lalu dan mengembalikan rekaan klasik HTC. Peranti dengan skrin 5.5″ ini diperkasakan pemproses MediaTek Helio X10 dan mempunyai sistem audio BoomSound. Tubuh masih lagi diperbuat daripada logam dan akhirnya HTC melengkapkan sistem OIS pada kamera utama peranti mereka. Mari bandingkan One X9 dengan dua lagi phablet dengan spesifikasi hampir setanding iaitu OnePlus 2 dan Xiaomi Redmi Note 3.

HTC One X9

Kemaskini: January 14, 2016
Anggaran: RM1587
  • 5.5" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan resolusi HD Penuh. Kadar PPI pada 401.

  • MediaTek Helio X10

    Menggunakan cip 2.0 GHz lapan teras MediaTek Helio X10. Cip grafik pula ialah PowerVR G6200.

  • 3GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 3GB.

  • 32GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 32GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte.

  • 2000GB MikroSD

    Sokongan sehingga 2 Terabyte.

  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel f/2.0 dengan sistem penstabilan imej optikal (OIS). Merakam video pada resolusi 4K

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera 5 Megapixel f/2.8 untuk mengambil gambar selfie pada resolusi tinggi.

  • 4G LTE

    Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM bersaiz Nano.

  • 3000 mAh Bateri

    Bateri 3000 mAh tidak boleh ditanggalkan tetapi menyokong pengecasan pantas.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar HTC Sense.

OnePlus 2

Kemaskini: December 28, 2015
Anggaran: RM1788
  • 5.5" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dan resolusi pada kadar 1980x1080 pixel.

  • Snapdragon 810

    Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 generasi kedua 1.8GHz, dan dilengkapi sokongan grafik Adreno 430.

  • 4GB RAM

    Memori sebanyak 4GB RAM untuk penawaran penggunaan aplikasi yang lancar dan multi-tasking yang lancar.

  • 64GB Storan

    Ruangan storan sebesar 64GB. Tiada ruangan mikro-SD untuk memperluaskan storan.

  • Tiada ruang MikroSD
  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, Laser Autofokus dan juga dwi-LED.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera selfie hadapan 5-megapixel

  • 4G LTE

    Menyokong rangkaian 4G LTE, dan dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM.

  • 3300 mAh Bateri

    Bateri LiPo berkapasiti 3300mAh. Tidak boleh ditanggalkan.

  • Oxygen OS

    Menggunakan OxygenOS yang dibangunkan sendiri oleh OnePlus - berasaskan kepada Android 5.1.

Xiaomi Redmi Note 3

Kemaskini: March 4, 2016
Anggaran: RM722
  • 5.5" Saiz Paparan

    Skrin hadapan 5.5-megapixel dengan paparan 1080p. Hadir dengan sokongan Sunlight Display, Night Display dan Reading Mode.

  • Snapdragon 650

    Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 650. Cip grafik yang digunakan ialah Adreno 510.

  • 2GB RAM

    Hadir dalam pilihan 2GB RAM dan 3GB RAM. Pilihan 2GB RAM hadir dengan storan 16GB, sementara 3GB RAM dengan 32GB.

  • 16GB Storan

    Hadir dalam pilihan storan 16GB dan juga 32GB. Pilihan 16GB hadir dengan memori 2GB RAM, sementara 32GB hadir dengan pilihan memori 3GB RAM.

  • 128GB MikroSD

    Menyokong kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Slot kad MikroSD berkongsi dengan talam SIM kedua.

  • 13MP Kamera

    Kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PDAF untuk rakaman gambar dengan autofokus pantas.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 5 Megapixel dengan lensa f/2.0.

  • 4G LTE

    Menawarkan sokongan rangkaian 4G LTE, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM.

  • 4000 mAh Bateri

    Bateri bersaiz besar, iaitu 4000mAh, sekaligus menawarkan masa penggunaan peranti sepanjang hari kepada pengguna.

  • 5.1

    Menggunakan MIUI7 berasaskan kepada Android 5.1. Hadir dengan beberapa ciri-ciri khusus, termasuk sokongan Baby Album, dan pengoptimasian penggunaan bateri.


TIPS & ULASAN