Samsung kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, iaitu Galaxy S7. Beberapa info telah hadir sebelum ini, dan kini menurut laporan akhbar di Korea Selatan, Samsung dikatakan akan hadir dalam dua variasi berbeza seperti sebelum ini – iaitu versi biasa dan juga Galaxy S7 Edge.
Galaxy S7 Edge, seperti semua sedia maklum, membawakan skrin melengkung pada tepi – dan berharga sedikit mahal berbanding versi biasa.
Galaxy S7 biasa dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, sementara Galaxy S7 Edge pula dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci.
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S7 pada Februari atau Mac 2016 kelak, dan pada masa yang sama dijangka turut menyertakan sokongan USB Type-C dengan pengecasan pantas, dan beberapa fungsi baru yang lain – termasuk ketahanan bateri yang lebih lama.