Menggunakan UniFi? Anda Kini Boleh Menikmati iFlix Secara Percuma Untuk Setahun

Menggunakan UniFi? Anda Kini Boleh Menikmati iFlix Secara Percuma Untuk Setahun

Diterbitkan pada Dis 28, 2015 oleh .

Telekom Malaysia dan iFlix telah mengumumkan kerjasama tidak lama sebelum ini, dan bermula daripada hari ini, pengguna UniFi telah boleh menikmati perkhidmatan iFlix secara percuma untuk tempoh setahun.

Pelanggan UniFi hanya perlu melayari laman iFlix hari ini, dan anda akan dipaparkan dengan mesej untuk mengakses iFlix secara percuma untuk tempoh setahun.

TM iFLix

Tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan, dan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan terhadap akaun UniFi anda.

Melalui iFlix, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan siri-TV dan juga filem tempatan, mahupun antarabangsa – dan menontonnya pada bila-bila masa, melalui sebarang peranti milik anda.

Bagi pelanggan Unifi, anda boleh melayari laman iFlix hari ini untuk mengaktifkan iFlix untuk setahun secara percuma. Selain UniFi, Telekom Malaysia turut telah mengatakan sebelum ini yang mana perkhidmatan sama turut bakal ditawarkan untuk pengguna Streamyx 4Mbps dan 8Mbps tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN