Senarai 10 Siri TV Paling Banyak Dicetak Rompak 2015

Senarai 10 Siri TV Paling Banyak Dicetak Rompak 2015

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Siri TV dicetak rompak kerana pengguna moden tidak lagi mahu menontonnya pada waktu yang ditetapkan. Mereka mahu menonton siri TV pada waktu kelapangan mereka sendiri dan kerap kali menonton lebih dari satu episod secara berturut-turut ketika hujung minggu. Ini adalah sebab mengapa di negara Barat jumlah pelanggan televisyen satelit dan kabel semakin merudum. Perkhidmatan penstriman video seperti Netflix pula mendapat tempat kerana memudahkan pengguna menonton mengikut jadual peribadi.

cetak rompak 2015

Tahun 2015 kini semakin hampir ke penghujung dan senarai siri TV paling banyak dicetak rompak baru sahaja diperlihatkan. Untuk tahun keempat berturut-turut, Game of Thrones menjadi mangsa cetak rompak tertinggi. Siri HBO ini dimuat turun secara haram sebanyak 14.4 Juta kali sepanjang tahun dan dengan jauh meninggalkan The Walking Dead di tempat kedua dengan 6.9 Juta muat turun. Ramai yang masih memilih untuk memuat-turun siri kegemaran mereka, walaupun terdapat saluran seperti HBO yang membuat tayangan pantas untuk pasaran Malaysia. Ini adalah kerana ramai mahu menonton siri TV tanpa sebarang potongan – sebagai contoh adegan yang terlalu ganas dan sebagainya. Anda pula bagaimana? Apakah alasan memuat-turun siri TV secara haram?


TIPS & ULASAN