BMW AirTouch Membolehkan Pemandu Berinteraksi Tanpa Perlu Menyentuh Skrin

BMW AirTouch Membolehkan Pemandu Berinteraksi Tanpa Perlu Menyentuh Skrin

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

BMW sedia memperlihatkan dan memperkenalkan sokongan gesture untuk mengawal sistem dalam kenderaan sebelum ini, dan kini menjelang CES 2016, pihak BMW mengumumkan mereka akan memperlihatkan teknologi terbaru mereka, dinamakan sebagai AirTouch.

BMW AirTouch

Melalui penerangan yang diberikan oleh BMW, mereka mengatakan melalui AirTouch ia membolehkan pengguna mengoperasi dan mengawal seumpama skrin sentuh, tetapi tanpa perlu menyentuh permukaan. Secara ringkasnya, ia menggunakan fungsi gesture yang dipantau melalui penggunaan beberapa sensor didalam kenderaan – sekaligus tidak begitu menganggu ketika anda sedang memandu.

Dengan penggunaan pelbagai sensor ini, ia membolehkan pengguna mengawal sistem inforia, navigasi dan sebagainya tanpa perlu menyentuh skrin. Ia lebih kepada gerakan tangan pemandu yang dikesan menggunakan sensor – dan pada masa yang sama sebuah butang pada stering yang memudahkan proses pemilihan sesuatu plihan.

Buat masa ini, memandangkan ia masih tidak diperlihatkan lagi, maka bunyi fungsi yang dibawakan oleh BMW ini masih kelihatan agak kompleks. Mungkin kita akan dapat melihat beberapa demo dipertontonkan pada CES 2016 kelak, sekaligus memberikan gambaran yang lebih dekat bagaimana fungsi AirTouch ini akan berfungsi.


TIPS & ULASAN