Kamera Blackberry Priv Setanding Dengan iPhone 6S Menurut DXOMark

Kamera Blackberry Priv Setanding Dengan iPhone 6S Menurut DXOMark

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Blackberry Priv yang menggunakan sistem operasi Android dilancarkan di Malaysia bulan ini dan ramai di Malaysia merungut harga jualannya adalah terlalu mahal. Dengan harga saranan RM 3559 ini meletakkan harga Priv setanding dengan sebuah iPhone 6S Plus. Adakah harga yang hampir sama juga bermakna kemampuan kamera peranti ini juga setanding?. Menurut laman kamera DXOMark, kemampuan kamera Priv adalah hanya setanding dengan sebuah iPhone 6S.

DXOMark-Blackberry-Priv-2

Ini sekaligus meletakkan Priv di dalam senarai 15 peranti dengan kemampuan kamera terbaik setakat ini. Mereka memberikan kamera Priv 82 markah, ini adalah 5 markah di belakang Samsung Galaxy S6 Edge Plus dan Sony Xperia Z5. Antara komen positif yang diberikan oleh mereka ialah gambar dengan penghasilan warna yang baik serta keperincian yang tinggi. Komen negatif pula ialah masalah noise yang wujud secara rawak dan video yang diambil mempunyai tona merah jambu. Dengan keputusan ini adalah anda masih merasakan harga jualan Priv terlalu mahal?


TIPS & ULASAN