Sistem Operasi Manakah Paling Pantas? – IOS, Android Atau Windows 10 Mobile

Sistem Operasi Manakah Paling Pantas? – IOS, Android Atau Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Sistem operasi peranti pintar paling popular dunia kini masih lagi Android. Di tempat kedua ialah iOS diikuti pula oleh Windows Phone. Jadi persoalan setiap tahun ialah sistem operasi manakah yang paling pantas? Benarkah iOS masih lagi terbaik walaupun spesifikasi iPhone adalah lebih rendah berbanding peranti utama Android? Benarkah RAM yang besar Android akan memastikan penukaran aplikasi lebih pantas berbanding iOS? Akhir sekali benarkan Windows 10 Mobile jauh ketinggalan berbanding dua sistem operasi utama dunia sekarang? Persoalan ini terjawab di dalam video di bawah. Sebuah iPhone 6S Plus, Google Nexus 6P dan Microsoft Lumia 950XL melakukan pelbagai tugasan yang sama untuk melihat sistem operasi manakah paling pantas. Adakah anda terkejut dengan keputusan ujian ini? Sila nyatakan komen dan pendapat anda di bawah.


TIPS & ULASAN