Jakim Dan SKMM Akan Memantau Kewujudan “Ustaz YouTube” Dari Menyebarkan Ajaran Ekstremis

Jakim Dan SKMM Akan Memantau Kewujudan “Ustaz YouTube” Dari Menyebarkan Ajaran Ekstremis

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Di atas talian amat mudah bertemu Abuya Google, Sheikh Facebook dan Ustaz YouTube. Ketiga-tiga spesis agamawan segera ini akan berkongsi pendapat mereka tentang isu yang melibatkan kehidupan seorang Muslim. Kerap kali pendapat yang dikongsi mungkin baik untuk kemajuan ummah. Tetapi terdapat juga segelintir yang menggunakan platform atas talian untuk menyebarkan fahaman ekstremis dan bertentangan dengan prinsip ahli Sunnah Wal Jamaah.

SKMM-Youtube-JAKIM

Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha hari ini mengumumkan mereka bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memantau kewujudan Ustaz YouTube yang dilihat menyebarkan ajaran ekstremis. Ini adalah perlu bagi memastikan keamanan negara dan menyekat fahaman yang lebih selari dengan apa yang diperjuangkan oleh ISIS. Penggunaan media sosial yang bijak adalah antara sebab mengapa ramai umat Islam sanggup berhijrah dan menyertai ISIS termasuklah beberapa rakyat Malaysia. Apa yang dilakukan Jakim dan SKMM ini mungkin sedikit terlambat namun mencegahnya sekarang sekurang-kurangnya dapat menghalang generasi baru rakyat Malaysia dari terpengaruh dengan ideologi bahaya ini.


TIPS & ULASAN