Pengguna Honor 6 Dan Honor 6 Plus? Anda Kini Boleh Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop

Pengguna Honor 6 Dan Honor 6 Plus? Anda Kini Boleh Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Adakah anda menggunakan honor 6 atau honor 6 Plus? Pihak Huawei, selepas memperkenalkan kemaskini Android Lollipop untuk pengguna Mate 7 dan Huawei G7 sebelum ini, hari ini mereka telah mula memperkenalkan kemaskini Android 5.1.1 Lollipop sama kepada pengguna Honor 6 dan juga Honor 6 Plus.

Honor 6 Lollipop

Kemaskini baru ini membawakan pelbagai pengoptimasian baru kepada sistem operasi Android, disamping menyertakan beberapa fungsi tambahan melalui penggunaan antaramuka EMUI 3.1.

Bagi pengguna yang menggunakan honor 6 atau honor 6 Plus, anda boleh memuat-turun kemaskini ini terus daripada peranti anda secara OTA. Pihak Honor Malaysia menekankan untuk pengguna membuat salinan pendua data terlebih dahulu sebelum memulakan proses naik-taraf.


TIPS & ULASAN