Samsung Memperkenalkan Bio-Processor – Cip Untuk Peranti Boleh-Pakai Memfokuskan Kesihatan

Samsung Memperkenalkan Bio-Processor – Cip Untuk Peranti Boleh-Pakai Memfokuskan Kesihatan

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

Samsung sedia terkenal dalam arena pengeluaran cip, dan hari ini mereka telah memperkenalkan satu lagi cip pemprosesan baru, dinamakan Samsung Bio-Processor, dan memfokuskan kepada penggunaan dalam peranti boleh-pakai untuk memantau data-data berkaitan kesihatan.

Samsung Bio-Processor

Samsung mengatakan ini merupakan cip pertama yang menawarkan pelbagai solusi berkaitan pemantauan data kesihatan, serta boleh memproses bio-signal terus tanpa memerlukan sebarang bahagian pemprosesan tambahan.

Samsung menyertakan beberapa ciri-ciri pada cip ini untuk pemantauan termasuk BIA (Bioelectrical Impedance Analysis ), PPG (photoplethysmogram), ECG (electrocardiogram), suhu, GSR galvanic skin response), sekaligus membolehkan peranti yang menggunakan cip ini memantau lemak badan, kadar denyutan jantung, rentak jantung, suhu badan, dan juga tahap tekanan.

Samsung mengatakan ia kini dalam proses mengeluarkan cip ini dalam kuantiti besaran, dan akan hadir dalam beberapa peranti, terutamanya peranti boleh-pakai.


TIPS & ULASAN