HP Dijangka Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Windows 10 Mobile Pada MWC 2016

HP Dijangka Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Windows 10 Mobile Pada MWC 2016

Diterbitkan pada Dis 29, 2015 oleh .

HP merupakan salah satu jenama komputer popular, dan pada masa yang sama, mereka turut menawarkan beberapa peranti mudah-alih. Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan HP bakal memperkenalkan telefon pintar Windows 10 mereka pada acara Mobile World Congress 2016 yang dijadualkan bulan Februari 2016 kelak.

HP Slate 7

Menurut laporan yang hadir, peranti yang dikenali dengan nama HP Falcon ini bakal menyertakan skrin bersaiz 5.8-inci dan dijana menggunakan cip Snapdragon 820.

Jikalau ini benar, dengan penggunaan Snapdragon 820, tidak mustahil untuk kita melihat pihak HP turut mengintegrasikan sokongan Windows Continuum pada peranti mereka ini.

Dengan HP yang sedia terkenal dalam arena komputer, semestinya ia sesuatu yang dinantikan ramai untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh mereka melalui peranti Windows 10 Mobile mereka kelak.


TIPS & ULASAN