Carian
Samsung Memfailkan Paten Untuk Cincin Pintar
December 29, 2015 Aman

Samsung sedia menceburi pelbagai arena peranti boleh-pakai, termasuk VR dan juga jam tangan pintar. Kini mereka turut menerima sebuah paten untuk cincin pintar, sekaligus memperlihatkan kemungkinan untuk Samsung memperkenalkan peranti seumpamanya.

Samsung Cincin Pintar

Melalui apa yang difailkan, Samsung memperlihatkan cincin pintar ini boleh mengawal telefon pintar, tablet ataupun televisyen pintar. Cincin pintar ini seperti akan membolehkan menu pantas khusus diperlihatkan apabila disentuh pada skrin seperti skrin telefon pintar. Dan pada masa yang sama, pengguna juga dilihat boleh membuat kawalan ringkas seperti mengawal kadar audio televisyen dan sebagainya terus pada cincin pintar berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, peranti boleh-pakai masih kurang popular pada masa kini, dan antara sebabnya adalah kerana harga jualannya yang masih tinggi, disamping penawaran masa penggunaan bateri yang singkat.

Samsung tidak diketahui lagi sama ada akan memperkenalkan cincin pintar ini ataupun tidak untuk pasaran komersial. Tetapi dengan pelaburan yang dilakukan oleh Samsung dalam pelbagai arena, tidak mustahil untuk kita melihat mereka hadir dengan cincin pintar.

Komen