Apple Disaman $5 Juta Oleh Pemilik iPhone 4S Kerana iOS 9 Didakwa Memperlahankan Peranti

Apple Disaman $5 Juta Oleh Pemilik iPhone 4S Kerana iOS 9 Didakwa Memperlahankan Peranti

Diterbitkan pada Dis 30, 2015 oleh .

Kemas kini sistem operasi akan membawa pelbagai fungsi baru dan memperbaiki masalah yang wujud pada versi sebelumnya. Dengan iOS 9 Apple menjanjikan peranti yang akan berfungsi dengan lebih pantas dan mempunyai antaramuka yang lebih menarik. Tetapi tidak semua peranti iPhone dapat menggunakan iOS9 tanpa sebarang masalah. Kepada pemilik peranti lama seperti iPhone 4S, kemaskini ini membuatkan peranti mereka mengalami masalah sela masa dan gagal berfungsi dengan sempurna.

Apple iOS 9

Chaim Lerman, seorang pemilik iPhone 4S memfailkan saman bernilai $5 Juta (~RM 21 Juta)  ke atas Apple kerana menyebabkan peranti beliau gagal berfungsi dengan baik selepas kemas kini iOS 9. Menurut beliau Apple dengan sengaja menghasilkan kemas kini yang menimbulkan pelbagai masalah bagi memaksa pemilik model lama iPhone untuk membeli peranti keluaran mereka yang lebih baru. Saman ini difailkan oleh beliau di New York semalam. Kebarangkalian beliau memenangi kes saman ini adalah kecil tetapi kami memahami mengapa beliau masih cuba untuk mendapatkan pampasan. Sebagai pengguna iPad Mini kami turut menyedari masalah tablet menjadi semakin perlahan dan tidak lagi lancar selepas kemas kini iOS 9. Perbezaan kelancaran jika dibandingkan dengan iOS 8 adalah amat ketara.  Peratus penggunaan iOS 9 kini sudah mencecah 67% tetapi berapa ramaikah pengguna yang berpuas hati selepas melakukan kemas kini? Bagaimana pula dengan anda?


TIPS & ULASAN