Cari @ Amanz

Sejak pengenalan Android 6.0 Marshmallow tempoh hari, seperti ramai sedia maklum, pembangunan dan perancangan untuk versi Android seterusnya telah pun dimulakan. Beberapa info tertiris sebelum ini, dan hari ini Google sendiri mengumumkan yang mana pada Android N kelak, mereka akan menggunakan OpenJDK – alternatif untuk Oracle Java API.

Untuk pengguna umum, peralihan ini mungkin tidak membawa sebarang perubahan besar. Peralihan Google kepada OpenJDK ini lebih memfokuskan kepada pembangun, dan memberikan mereka akses kepada piawaian baru yang lebih terbuka.

Google sebelum ini sedia mempunyai beberapa masalah paten dengan Oracle atas penggunaan Java API, dan peralihan ini mungkin mengatasi masalah berkenaan sekaligus memudahkan lagi pembangunan oleh pihak Google. Google turut mengatakan mereka akan membuat sumbangan dalam pembangunan OpenJDK dengan lebih aktif selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd