i-Blades – Kerangka Modular Menambah Muatan Dalaman Dan Bateri Secara Magnetik

i-Blades – Kerangka Modular Menambah Muatan Dalaman Dan Bateri Secara Magnetik

Diterbitkan pada Dis 30, 2015 oleh .

i-Blades ialah kerangka peranti pintar yang mempunyai keupayaan unik. Ianya mempunyai sistem modular yang membolehkan pengguna menambah memori dalaman ataupun bateri tambahan secara magnetik. Modul tambahan yang diberi nama Smartblades ini boleh disambung secara bertingkat mengikut kehendak pengguna. Smartblades ditawarkan di dalam saiz 64 Gigabyte hinggalah ke 1 Terabyte. Kapasiti bateri tambahan pula mampu memberikan kuasa sehingga 10 kali ganda kapasiti biasa.

iblades-2

Keseluruhan kerangka diperbuat daripada bahan getah tetapi terdapat juga edisi khas yang diperbuat daripada kulit Itali. Buat masa ini i-Blades hanya dihasilkan untuk peranti Samsung Galaxy S6 dan S4. Terdapat perancangan untuk menghasilkan kerangka untuk iPhone di masa hadapan. Harga jualan kerangka ini pula bermula dari $99 sebuah dengan satu Smartblade.

iblades-1

 


TIPS & ULASAN