Sebelum ini, Penerbangan Malaysia Berhad dan juga Malindo Air, masing-masing telah mengharamkan peranti berbentuk pengangkutan yang dijana menggunakan bateri berasaskan lithium – terutamanya hoverboard atau papan apung.
Melalui apa yang diumumkan oleh AirAsia, mereka tidak akan membenarkan papan apung pada penerbangan mereka bermula 30 Disember 2015 – sama ada untuk dibawa masuk dalam kabin, ataupun sekiranya ingin mendaftar masuk ia ke ruang kargo.
Dengan pengharaman ini, selain daripada hoverboards, yang lain yang terlibat adalah termasuk mini-Segways, skuter elektronik, airwheel dan beberapa peranti seumpama lain.
Pengharaman ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebakaran pada penerbangan yang boleh memberikan impak kepada ratusan penumpang lain.