Pengusaha Teksi Membawa SPAD Ke Mahkamah Untuk Mengharamkan Uber Dan Grabcar

Pengusaha Teksi Membawa SPAD Ke Mahkamah Untuk Mengharamkan Uber Dan Grabcar

Diterbitkan pada Dis 30, 2015 oleh .

Semalam, kita telah mendengar akan mengenai pengusaha teksi yang menggesa kerajaan untuk menetapkan tambang dan caj yang mahal untuk perkhidmatan seperti Uber dan Grabcar. Hari ini, sekumpulan pengusaha teksi turut memfailkan saman di mahkamah supaya SPAD mengharamkan perkhidmatan seperti Uber dan Grabcar.

Melalui apa yang difailkan, mereka ingin memohon perintah deklarasi supaya pihak SPAD mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan yang seumpamanya daripada beroperasi kerana tidak tertakluk dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Isu berkaitan dengan ini bukan sesuatu yang baru, malah telah diperkatakan sejak sebelum ini – apatah lagi dengan pengguna teksi yang tidak dilindungi ketika menggunakan perkhidmatan seumpamanya, selain ia tidak mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh SPAD.

Walaubagaimanapun, ramai yang meminati menggunakan perkhidmatan berkenaan kerana harganya yang lebih murah, dan pemandunya lebih mesra pengguna. Ramai pengguna muda lebih selesa menggunakan aplikasi seumpamanya, apatah lagi memudahkan mereka membuat tempahan – dan pada masa yang sama merujuk kepada penggunaan dan bil-bil berkaitan terus pada emel dengan mudah.

SPAD sebelum ini telah diperkatakan akan memperkenalkan undang-undang baru untuk perkhidmatan seumpama ini, tetapi dengan pemfailan oleh pemandu teksi hari ini, ia dilihat kepada mereka ingin SPAD mengharamkan perkhidmatan ini.


TIPS & ULASAN