Samsung Memperkenalkan GAIA – Penyelesaian Sekuriti Untuk Televisyen Pintar

Samsung Memperkenalkan GAIA – Penyelesaian Sekuriti Untuk Televisyen Pintar

Diterbitkan pada Dis 30, 2015 oleh .

Menjelang CES 2016, Samsung nampaknya ingin memperlihatkan pelbagai perkhidmatan dan produk baru mereka. Terkini, mereka telah mengumumkan GAIA, salah satu penawaran sekuriti sehingga tiga lapisan untuk siri televisyen pintar Samsung untuk tahun 2016.

Samsung GAIA

Melaluinya, Samsung mengatakan ia akan melindungi data pengguna dalam tiga bentuk. Pertama, ia akan melindungi mekanisma input pada TV, membuatkan pelbagai informasi yang di masukkan seperti kata laluan dan nombor kad kredit lebih terlindung.

Keduanya, pelbagai data yang dihantar antara televisyen dan juga pelayan perkhidmatan IOT disulitkan untuk mengelak sebarang pihak ketiga mengodamnya.

Dan akhir sekali, GAIA turut membawa sekuriti ke tahap perkakasan, melalui cip pada televisyen.

Semua siri televisyen pintar Samsung SUHD untuk tahun 2016 akan diintegrasikan dengan GAIA – sekaligus membolehkan televisyen pintar beroperasi sebagai pusat untuk keseluruhan peranti berhubung dalam rumah.


TIPS & ULASAN