Twitter Untuk Mac 4.0 Dengan Pelbagai Pembaharuan Baru Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 31, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Oktober 2015 yang lepas, Twitter telah mengatakan mereka akan memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Twitter untuk Mac, dan hari ini, kemaskini berkenaan telah pun diterbitkan secara rasminya pada Mac App Store.

Twitter untuk Mac

Twitter untuk Mac 4.0 ini membawakan pelbagai perkara baru, termasuk antaramuka yang dikemaskini, serta pilihan tema berwarna gelap. Disamping itu, pihak Twitter turut telah menambah sokongan untuk membolehkan pengguna melihat animasi GIF, menonton video, serta membuat DM berkumpulan pada aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan Twitter untuk Mac, anda boleh mengemaskini pemasangan anda hari ini. Sebaliknya, jika anda merupakan pengguna Mac, anda turut boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Twitter ini pada komputer anda.

Muat-Turun Twitter untuk Mac

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami