Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Selfie Untuk Pengguna iPhone

Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Selfie Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Dis 31, 2015 oleh .

Microsoft SelfieTerdapat beberapa penyedia yang menawarkan aplikasi khusus selfie, dimana ia menggunakan kamera hadapan untuk rakaman gambar, dan menyertakan beberapa kesan tambahan bersama-sama rakaman tersebut. Terkini, Microsoft turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk tujuan tersebut, dinamakan sebagai Microsoft Selfie.

Menggunakan Microsoft Selfie, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar, dan menambah beberapa penambah-baikkan terhadap gambar dengan hanya satu klik sahaja. Ini sekaligus menjadikan gambar yang dirakamkan lebih baik daripada kebiasaan.

Aplikasi Microsoft Selfie ini ditawarkan untuk semua pengguna peranti iOS yang menjalankan iOS 8.0 dan terkini.

Muat-Turun Microsoft Selfie untuk iOS


TIPS & ULASAN