TERN 3 – Dron VTOL Yang Akan Digunakan Pada Kapal Perang Tentera Laut Amerika Syarikat

TERN 3 – Dron VTOL Yang Akan Digunakan Pada Kapal Perang Tentera Laut Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Dis 31, 2015 oleh .

Penggunaan pesawat peninjau pada kapal perang bermula pada Perang Dunia Kedua. Pesawat ini digunaka untuk mengesan kedudukan musuh yang berada di luar kaki langit sesebuah kapal perang. Kerana saiz pesawat peninjau agak besar, hanya kapal perang utama (battleship) mempunyai pesawat peninjau. Dewasa ini helikopter digunakan sebagai pesawat peninjau oleh kapal perang di dalam kelas frigate dan cruiser. Penggunaan helikopter masih memerlukan kapal perang mempunyai geladak yang besar. Kapal-kapal perang yang lebih kecil masih belum mampu mempunyai pesawat peninjau mereka sehinggalah sekarang.

TERN 3 dron

Tactically Exploited Reconnaissance Node (TERN) ialah projek dron untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat. Dron TERN 3 unik kerana ia mampu terbang menegak seperti helikopter sebelum mampu terbang mendatar seperti pesawat biasa. Northrop Grumman baru sahaja diberikan kontrak bernilai $93 Juta bagi membangunkan dron pertama dengan kemampuan VTOL (terbang dan mendarat secara menegak). Dron ini dilengkapi dua kipas besar pada bahagian hidung yang berputar pada arah yang bertentangan. Ia mendarat dan terbang dengan bahagian hidung menghala ke langit. Apabila mencapai tahap ketinggian yang sesuai, ia akan berpusing dan terbang secara mendatar. Konsep dron ini diambil dario pesawat ujian Convair XFY Pogo yang dibangunkan untuk tentera laut pada tahun 1954. Pesawat ini dianggap gagal kerana ianya sukar untuk didaratkan di atas geladak kapal perang yang terumbang ambing ketika laut bergelora. Dengan kemajuan teknologi dan automasi, hanya sekarang rekaan aneh ini boleh digunakan pada sebuah dron.


TIPS & ULASAN