Xiaomi Memperkenalkan Televisyen Bersaiz 70-inci Dengan Sokongan 4K

Xiaomi Memperkenalkan Televisyen Bersaiz 70-inci Dengan Sokongan 4K

Diterbitkan pada Dis 31, 2015 oleh .

Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan beberapa televisyen pintar mereka, dinamakan Mi TV. Terkini, mereka turut menambah satu lagi variasi Mi TV, iaitu Mi TV 3 bersaiz 70-inci.

Xiaomi Mi TV

Televisyen pintar terbaru daripada Xiaomi ini menggunakan skrin bersaiz 70-inci dengan paparan daripada pihak Sharp. Ia menggunakan bingkai berasaskan logam seperti beberapa televisyen pintar mereka sebelum ini, dan menggunakan cip pemprosesan MStar 6A928.

Televisyen pintar ini menawarkan sokongan resolusi pada kadar 4K, dan turut hadir dengan antaramuka MIUI untuk televisyen.

Pihak Xiaomi hanya menawarkan televisyen pintar mereka untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan televisyen pintar 70-inci ini berharga RMB9999 (~RM6615).


TIPS & ULASAN