Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, pihak Qualcomm telah memperkenalkan penyelesaian untuk dron, dimana mereka hadir dengan cipset Snapdragon khusus untuk dron, dan dilengkapi dengan pelbagai integrasi teknologi tersendiri.

Lanjutan daripadanya, kini, Qualcomm telah menerbitkan sebuah video, memperlihatkan kebolehan yang dibawakan oleh Snapdragon Flight kepada dron – termasuk antaranya adalah kebolehan rakaman video 4K, kepintaran terbina untuk mengelak daripada halangan ketika sedang terbang, dan pelbagai sensor terbina untuk beberapa fungsi tambahan.

Qualcomm menerbitkan video tersebut hari ini sebagai teaser untuk CES 2016, dimana kita mungkin mendengar pengumuman rakan kerjasama atau lanjutan daripada Snapdragon Flight ketika itu kelak.

Dengan video ini juga, kita mungkin melihat beberapa produk dijana Snapdragon Flight ini pada tahun 2016.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd