Xiaomi Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Dibawah Keluarga Redmi Pada 4 Januari

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Dibawah Keluarga Redmi Pada 4 Januari

Diterbitkan pada Jan 1, 2015 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan Redmi 1S dan juga Redmi Note 4G di Malaysia pada tahun ini. Selain kedua-duanya, kini pihak Xiaomi turut dilihat akan menambah satu lagi peranti baru dibawah keluarga Redmi pada bulan Januari ini. Xiaomi mengatakan bakal memperkenalkan ia secara rasmi pada 4 Januari 2015 ini.

Xiaomi Redmi Baru

Mengikut spekulasi di web, Xiaomi dikatakan akan hadir dengan peranti dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE pada kedua-dua SIM melalui peranti baru ini. Secara kasar, ia mungkin akan menjadi telefon pintar Xiaomi Redmi 1S yang dikemaskini dengan sokongan tersebut, selain menyertakan cip 64bit Snapdragon 410, memori 1GB RAM, skrin 4.7-inci, dan kamera belakang 8-megapixel.

Harga tawaran dan pengesahan rasmi daripada Xiaomi dijangka akan diumumkan pada 4 Januari ini. Memandangkan pihak Xiaomi turut mempromosikan ia pada halaman Mi Malaysia, maka kita mungkin akan turut menerima peranti ini di pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN