OnePlus Menawarkan ROM Milik Sendiri Dalam Bentuk Alpha – Menawarkan Fungsi Asas AOSP Android 5.0 Lolipop

OnePlus Menawarkan ROM Milik Sendiri Dalam Bentuk Alpha – Menawarkan Fungsi Asas AOSP Android 5.0 Lolipop

Diterbitkan pada Jan 1, 2015 oleh .

Pihak pengeluar peranti OnePlus One, iaitu OnePlus telah sedia mengatakan akan hadir dengan ROM mereka tersendiri apabila pihak Cyanogen dilihat tidak menawarkan sokongan ke negara India sebelum ini. Untuknya, beberapa minggu lepas mereka telah meminta para pengguna memberikan nama untuk ROM terbaru tersebut, dan hari ini sebagai pembukaan tahun baru, mereka menawarkan ROM mereka dalam bentuk Alpha kepada para pengguna.

OnePlus 2015

Buat masa ini, pihak OnePlus hanya menyertakan fungsi asas AOSP Lollipop sahaja, tanpa sebarang penambahan daripada pihak OnePlus. Mereka mengatakan ia akan menjadi asas untuk membangunkan ROM mereka, dimana beberapa perkara akan ditambah-baik dan menstabilkannya lagi.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mencuba dengan menggunakan ROM yang masih dalam pembangunan ini pada peranti anda. Beberapa masalah telah sedia dikenal-pasti, termasuk sokongan rakaman video 4K yang masih belum begitu baik, masalah pada aplikasi jam, dan Data Roaming yang diaktifkan secara automatik.

Seperti biasa, pihak OnePlus turut memberikan amaran yang mana penggunaan ROM ini tidak ditujukan kepada pengguna umum, memandangkan mengubah ROM ini boleh membuatkan telefon anda menghadapi masalah dan sebagainya – apatah lagi dengan ROM ini yang masih pada peringkat alpha buat masa ini.

Layari : Muat-Turun & Cara Pemasangan


TIPS & ULASAN