Bagaimana Menghalang Video Berbentuk Iklan Dimainkan Secara Automatik Pada Web Di Chrome?

Bagaimana Menghalang Video Berbentuk Iklan Dimainkan Secara Automatik Pada Web Di Chrome?

Diterbitkan pada Jan 2, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena internet, salah satu perkara yang turut berlaku adalah bentuk pengiklanan dalam bentuk video. Kami bukan perkatakan mengenai iklan pada YouTube, sebaliknya iklan Google AdSense dan beberapa jenis iklan lain yang dimainkan secara automatik apabila anda mengakses sesuatu web berkenaan.

Perkara ini mungkin tidak begitu diminati atau disukai pengguna – apatah lagi kadang-kala anda terkejut mendengar audio dimainkan secara automatik pada tab baru. Ini juga sekaligus akan membuatkan anda terguna kuota data internet anda tanpa sengaja – yang akan memberikan kesan sekiranya anda mempunyai akses internet dengan kuota data yang terhad.

Bagi para pengguna Chrome, anda boleh menghalang perkara ini berlaku dengan mudah, dimana anda hanya perlu mematikan fungsi Plug-ins untuk dijalankan secara automatik. Oleh kerana kebanyakkan iklan ini menggunakan kandungan berasaskan Flash, maka ia boleh dimatikan dengan fungsi ini – dan anda hanya perlu klik padanya untuk mengaktifkan sekiranya anda ingin mengakses kandungan tersebut.

Untuk mematikan perkara ini, anda hanya perlu klik pada menu dan pilih Settings, dan tatal sehingga penghujung halaman dan pilih Show Advanced Settings.

Pada menu tambahan dibawah Privacy, klik pada butang Content Settings. Seterusnya pada bahagian Plug-ins, klik pada tetapan Click to play, dan tekan butang Done.

Pemalam Chrome

Pemalam Chrome

Selepas sahaja anda melakukannya, pelbagai kandungan berbentuk Flash atau yang memerlukan pemalam tambahan akan memaparkan kotak berwarna kelabu, dan anda perlu klik padanya untuk mengaktifkan kandungan tersebut. Membuat perkara ini juga akan menjadikan pelbagai iklan berbentuk Flash lain disembunyikan daripada dipaparkan kepada anda – melainkan anda klik pada kotak ia dipaparkan.


TIPS & ULASAN