Cari @ Amanz

Shaheen-Tekken-7Tahun ini siri permainan video Tekken akan menyambut ulang tahunnya yang ke 20. Bagi meraikan ulang tahun bersejarah ini permainan Tekken 7 akan muncul pada platform arked. Hari ini watak baru Shaheen diperlihatkan kepada umum oleh pengarah Tekken 7 Katsuhiro Harada. Shaheen berasal dari Arab Saudi dan memakai keffiyeh. Tidak banyak maklumat lanjut buat masa ini tetapi reaksi dari peminat siri permainan beat em up ini rata-ratanya positif. Reaksi dari peminat berdarah Arab pula bercampur baur dengan akan yang menegur pakaian Shaheen tidak menggambarkan gaya wira Arab yang sebenar. Selain Shaheen empat lagi watak baru akan diperkenalkan untuk Tekken 7. Watak tersebut ialah Lucky Chloe gadis yang memakai pakaian seperti kucing, Katarina seorang wanita Latin dan Claudio yang juga berdarah Latin. Apakah reaksi peminat Tekken Malaysia dengan pengenalan watak baru berbangsa Arab ini? Semasa saya di sekolah menengah saya dan rakan-rakan ada mereka watak melayu untuk Soul Blade. Nama yang kami pilih ialah Hang Tuah dan senjata yang digunakan adalah Taming Sari. Cara berlawan ialah seperti Taki dengan banyak serangan pantas dan akrobatik. Yang menariknya beberapa tahun selepas itu Soul Calibur III membolehkan pemain mencipta watak sendiri dan Taki mempunyai senjata Kris Naga yang merupakan senjata terkuat beliau.

Saya yakin saya bukan satu-satunya peminat permainan beat em up Malaysia yang pernah mencipta watak fantasi untuk siri permainan kegemaran. Jika anda seperti saya dan pernah mencipta watak rekaan sendiri

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd