Cari @ Amanz

Alcatel baru-baru ini telah mula menerima perhatian ramai dengan laporan pengambil-alihan tanda dagang Palm daripada HP. Terkini, bersempena dengan acara CES 2015, pihak Alcatel turut telah mengumumkan beberapa peranti baru mereka, dimana salah satunya adalah telefon Pixi baru.

Alcatel OneTouch Pixi 3

Telefon Pixi baru ini dinamakan sebagai PIXI 3. Peranti ini hadir dalam 4 variasi saiz iaitu 3.5-inci, 4-inci, 4.5-inci dan juga 5-inci. Kesemua model selain daripada yang bersaiz 3.5-inci menyokong rangkaian LTE, sementara yang bersaiz 3.5-inci hanya menyokong rangkaian 3G sahaja.

Spesifikasi penuh peranti ini dijangka akan diketahui pada acara CES 2015 kelak. Apa pun, yang menarik perhatian mengenai keluarga peranti baru daripada Alcatel ini adalah dimana ia hadir dengan keserasian menggunakan ketiga-tiga sistem operasi, iaitu Firefox, Windows Phone dan juga Android.

Perkara ini mungkin menjadikan pengguna tertarik untuk mendapatkannya dan memilih model dengan sistem operasi yang digemari mereka. Bagaimanakah cara ia diimplementasikan dan sebagainya mungkin akan diketahui pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd