Bristlr : Media Sosial Untuk Pencinta Janggut Ala Wak Doyok

Bristlr : Media Sosial Untuk Pencinta Janggut Ala Wak Doyok

Diterbitkan pada Jan 3, 2015 oleh .

BristlrTerdapat puluhan laman sosial sekarang yang mensasarkan golongan tertentu. Ada Tinder yang mensasarkan orang bujang yang mahu mencari teman hidup. Ada juga Grindr yang dicipta khas untuk komuniti LGBT. Kini ada sebuah lagi media sosial yang mensasarkan golongan pencinta janggut. Bristlr dibuka khas bagi mereka yang berjanggut ataupun yang mahu mencari pasangan hidup berjanggut. Aplikasi ini mengesan lokasi anda dan mencari pengguna Bristlr yang lain dan melihat sama ada ada berminat untuk berkenalan dengan mereka.  Pada awalnya direka sebagai laman jenaka tetapi mendapat sambutan hangat dari komuniti yang mempunyai gaya seperti Wak Doyok. Laman ini kini masih lagi dalam percubaan Beta tetapi jika anda boleh mendaftar sekarang sekiranya anda mengklasifikasikan diri anda sebagai pencinta janggut.

Bristlr2


TIPS & ULASAN