Cari @ Amanz

Jabatan Meteorologi Malaysia terkini telah melancarkan salah satu aplikasi baru dibawah mereka, iaitu myCuaca. Seperti pada nama aplikasi, ia menawarkan pelbagai informasi semasa berkaitan cuaca harian yang mana infonya hadir secara terus daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

myCuaca Android

Antara maklumat yang disediakan melalui aplikasi ini adalah termasuk ramalan cuaca harian mengikut negeri, dan bandar; amaran cuaca untuk hujan lebat, imej satelit untuk cuaca, dan membolehkan anda menambah lokasi untuk melihat maklumat cuaca berkaitan dengannya setiap hari.

Bagi pengguna peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi sama akan diterbitkan untuk pengguna iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd