Alcatel Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Ingin Menawarkan Ia Pada Harga Lebih Rendah Berbanding Pesaing

Alcatel Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Ingin Menawarkan Ia Pada Harga Lebih Rendah Berbanding Pesaing

Diterbitkan pada Jan 3, 2015 oleh .

Dengan ramai pengeluar seluruh dunia menyertai arena jam tangan pintar, pihak Alcatel OneTouch turut tidak ketinggalan, dan telah pun mengumumkan jam tangan pintar pertama mereka. Pihak Alcatel, seperti pada telefon pintar mereka mengatakan jam tangan pintar ini akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Alcatel Watch

Jam tangan pintar ini dinamakan sebagai “Watch”, dan membawakan skrin berbentuk bulat lebih kurang seperti Moto 360. Alcatel OneTouch ingin menawarkan jam tangan pintar yang menyerupai jam tangan biasa pada hari ini, tetapi pada masa yang sama menawarkan fungsi-fungsi pintar melaluinya.

Antara perkara yang disokong pada aplikasi ini adalah termasuk sokongan untuk melihat notifikasi, mengawal pemain muzik, dan turut digunakan untuk tujuan kecergasan.

Harga dan spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan jam tangan pintar ini dikatakan akan menyokong peranti Android sahaja buat masa ini. Masa bertahan bateri untuk Watch ini juga masih menjadi tanda tanya.


TIPS & ULASAN