Acer Memperkenalkan Projektor Pertama Dengan Sokongan Chromecast Terbina

Acer Memperkenalkan Projektor Pertama Dengan Sokongan Chromecast Terbina

Diterbitkan pada Jan 4, 2015 oleh .

Acer selain mengumumkan telefon pintar baru, mereka juga turut sama memperkenalkan sebuah projektor baru yang dinamakan sebagai Acer H7550ST. Menariknya mengenai projektor ini adalah dimana ia hadir dengan sokongan Chromecast terbina padanya.

Acer H7550ST

Acer H7550ST ini membawakan kebolehan untuk memaparkan imej bersaiz sehingga 100-inci dengan jarak dari paparan sekitar 1.5-meter. Acer mengatakan ia dijayakan melalui penggunaan teknologi short-throw. Disamping itu, ia membawakan paparan yang amat terang, dan amat sesuai untuk digunakan bagi tujuan hiburan, ataupun untuk perusahaan dan di sekolah.

Acer turut mengintegrasikan fungsi Chromecast, sekaligus membolehkan pengguna membuat penyiaran kandungan daripada telefon pintar, komputer atau Chromebook dengan mudah tanpa sebarang wayar. Ini sekaligus akan membuatkan para pengguna perusahaan menggunakannya dengan lebih mudah untuk tujuan persembahan dan mesyuarat, disamping turut digunakan didalam bilik darjah, ataupun digunakan di rumah untuk tujuan hiburan.

Acer H7550ST ini akan ditawarkan bermula bulan Mac, dimana membawakan harga jualan $999 (~RM3525).


TIPS & ULASAN