LG Akan Memperkenalkan LG G Flex 2 Pada CES 2015
LG

LG Akan Memperkenalkan LG G Flex 2 Pada CES 2015

Diterbitkan pada Jan 4, 2015 oleh .

LG G Flex mrupakan peranti melengkung daripada LG yang telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas. Kini, lanjutan daripada teaser ringkas yang diperlihatkan oleh pihak Qualcomm sebelum ini, ia disahkan yang mana pihak LG akan mengumumkan LG G Flex 2 pada acara CES 2015 yang diadakan di Amerika Syarikat pada minggu ini.

LG CES 2015

Buat masa ini, apakah spesifikasi yang akan ditawarkan oleh peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Pihak LG dilihat dalam proses membuat persiapan untuknya, dan telah pun mula memasang kain rentang sekitar dewan CES dalam mempromosikan telefon pintar mereka.

Dengan pelbagai pengumuman berkaitan CES 2015 yang berlangsung sejak malam semalam, mungkin kita turut akan mendengar lebih lanjut mengenai LG G Flex generasi kedua ini tidak lama lagi. Dan pada masa yang sama, memandangkan LG telah mula memasarkan semula peranti mudah-alih mereka di Malaysia, mungkin kita akan dapat melihatnya di sini – berbeza dengan generasi pertama sebelum ini.


TIPS & ULASAN