Kinderboard : Papan Kekunci Khas Untuk Kanak-Kanak

Kinderboard : Papan Kekunci Khas Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Jan 4, 2015 oleh .

793224790092551301_609b97ad39ca

Tidak seperti kita, kanak-kanak di zaman sekarang didedahkan kepada dunia IT dari usia kecil. Sejak kebelakangan ini melihat anak-anak kecil menggunakan peranti pintar sudah menjadi pemandangan biasa. Jadi adalah munasabah bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka menggunakan komputer dari usia kecil. Jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di pasaran sudah terdapat tablet dan telefon pintar khas untuk kanak-kanak seperti Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Kini wujud pula Kinderboard, sebuah papan kekunci yang direka khas untuk kegunaan kanak-kanak. Bagi memastikan ianya mudah digunakan ia dilengkapi kekunci yang lebih besar dengan warna-warna ceria. Ia adalah sebuah papan kekunci Bluetooth yang boleh digunakan pada PC, Mac dan juga IOS. Papan kekunci ini turut mempunyai 2 port USB 2.0 bagi memudahkan sambungan pemacu ibu jari dan tetikus secara terus. Jadi sekiranya anda seperti saya mahukan anda yang celik IT sejak dari kecil, papan kekunci yang boleh mempercepatkan pembelajaran mereka ini semestinya akan memasuki senarai pendek anda.


TIPS & ULASAN