Dron Quadrotor Awam Digunakan Di Medan Peperangan Ukraine

Dron Quadrotor Awam Digunakan Di Medan Peperangan Ukraine

Diterbitkan pada Jan 4, 2015 oleh .

dron-phantom--1Kebanyakan teknologi yang kita gunakan sekarang boleh dikesan penggunaan awalnya di sektor ketenteraan. Sebagai contoh teknologi navigasi GPS yang kini standard dalam kesemua peranti pintar yang anda gunakan pada awalnya dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan. Penggunaan GPS adalah adalah faktor utama kemenangan tentera berikat mengalahkan tentera Iraq di dalam Perang Teluk 1990.  Teknologi ketenteraan biasanya jauh lebih ke hadapan daripada teknologi yang digunakan oleh orang awam. Kini muncul gambar dron quadrotor Phantom digunakan oleh tentera Ukraine. Dron ini pada asalnya adalah dron kamera GoPro dan biasa kami lihat di majlis perkahwinan di Malaysia. Di Ukraine ianya dijadikan alah intipan kedudukan askar Russia yang menceroboh sejak Februari tahun lalu. Ukraine ialah negara yang sebelum konflik bermula membeli senjata dari Russia. Selepas perang meletus mereka tidak boleh lagi membeli senjata dari Russia dan terpaksa berfikir di luar kotak bagi mendapatkan sumber senjata baru.

Selain di Ukraine, dron kamera ini juga turut digunakan di Syria oleh tentera Bashar Al-Assad. Tentera Free Syrian Army juga tidak kurang kreatif. Mereka mampu mengubah Proton Saga BLM menjadi bom bergerak kawalan jauh dan tong gas memasak menjadi roket. Dalam keadaan terdesak keperluan menjadikan manusia pintar mencari jalan penyelesaian kreatif. Malang sekali kepintaran digunakan untuk berbunuhan sesama manusia. Alangkah baiknya jika kepintaran digunakan seperti saudara Ibrahim Saad yang menghasilkan gas memasak dari sumber air kerana sekatan Israel di Gaza.

dron-phantom--2

 

 


TIPS & ULASAN