Carian
Teaser Baru Asus Zenfone Memperlihatkan Ia Akan Menyertakan Sokongan Zoom Optikal
January 4, 2015 Aman

Asus telah menerbitkan beberapa video teaser untuk telefon pintar Zenfone generasi kedua mereka sebelum ini. Terkini, melalui sebuah video baru yang diterbitkan, pihak Asus bermain dengan kod tersembunyi dalam bentuk kod Morse untuk memperlihatkan fungsi yang bakal dibawakan olehnya kelak.

Asus Zenfone 2

Melalui kod tersebut, ia membawakan maksud “Optical Zoom”, sekaligus memberikan idea yang mana telefon pintar terbaru daripada Asus tersebut kelak akan dilengkapi dengan fungsi tersebut. Melalui penggunaan zoom optikal, ia menggunakan lensa dalam membuat rakaman gambar yang lebih dekat, sekaligus membawakan kualiti gambar yang baik berbanding dengan zoom digital pada kebanyakkan telefon pintar lain.

Asus bakal mengumumkan telefon pintar Zenfone generasi kedua ini secara rasminya esok di Amerika Syarikat bersempena dengan CES 2015. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Asus dan apakah kejutan yang disediakan oleh mereka melalui Zenfone 2 ini kelak.

Komen