Cari @ Amanz

Bagi anda yang memasang pelbagai aplikasi pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru pada homescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.

Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.

Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“.

Google Play Settings

Dengan membuat perubahan tetapan ini, tiada lagi sebarang ikon baru yang akan ditambah ke homescreen anda setiap kali anda memasang aplikasi baru.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd