Carian
Mungkinkah Ini Merupakan Kerangka Luar Untuk Samsung Galaxy S6?
January 5, 2015 Aman

Dengan permulaan tahun 2015, semestinya ramai yang menantikan kemaskini peranti baru daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia, dan salah satunya adalah Samsung. Gergasi dari Korea Selatan berkenaan sedia dikatakan bakal mengubah beberapa perkara melalui Galaxy S6, dan mungkin menggunakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya.

Pihak Samsung sedia bereksperimen dengan Galaxy Alpha sebelum ini, dan dilihat turut hadir dengan keluarga peranti Galaxy A yang menggunakan bingkai berasaskan logam. Galaxy Note 4 juga turut telah menggunakan bingkai kerangka berasaskan logam.

Namun, menariknya, kini sebuah gambar tertiris, memperlihatkan rekaan kerangka sepenuhnya berasaskan logam, dan dikaitkan dengan Galaxy S6.

Galaxy S6

Galaxy S6

Seperti semua sedia maklum, ia masih lagi pada peringkat desas-desus buat masa ini, dan masih belum disahkan sepenuhnya. Tetapi jika ya, maka kita akan dapat melihat peranti berasaskan logam sepenuhnya, dan menggunakan rekaan unibody – dimana kerangka tidak boleh ditanggalkan – lebih kurang seperti pada keluarga Galaxy A.

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S6 sekitar Mac atau April kelak – lebih kurang seperti pada tahun lepas, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak ura-ura dan desas-desus berkaitan tidak lama lagi.

Komen