Bagaimana Menetapkan Aplikasi Default Pada Peranti Xiaomi

Bagaimana Menetapkan Aplikasi Default Pada Peranti Xiaomi

Diterbitkan pada Jan 5, 2015 oleh .

Sistem operasi Android kini merajai dunia peranti pintar dengan penembusan pasaran mencecah 80%. Tetapi kami sedari terdapat pelbagai antaramuka yang digunakan oleh pengeluar berbeza. Ini mengakibatkan penggunaan Android dari satu peranti ke peranti yang lain adalah sedikit berbeza. Ketika mengulas Xiaomi Redmi Note 4G tempohari ada beberapa tetapan aplikasi default yang aneh digunakan. Sebagai contoh pada tetapan default pelayar web Xiaomi digunakan dan bukannya Chrome. Kami terpaksa mengubahnya dan menyedari cara tetapan default pada antaramuka MIUI adalah berbeza dari Android lain. Jadi di bawah ialah cara untuk menetapkan aplikasi default untuk peranti Xiaomi.

Xiaomi

  1. Masuk skrin tetapan dan pilih General Setting
  2. Tatal ke bawah sehingga anda menemui pilihan Apps
  3. Di bahagian bawah skrin cari butang untuk Default App Setting.
  4. Pilih tetapan yang anda mahu ubah. Sebagai contoh pilih Browser untuk mengubah pelayar web.
  5. Selepas memilih aplikasi yang anda mahukan tekan butang replace.
  6. Jika anda mahu mengembalikan tetapan asal tekan butang restore default app

 


TIPS & ULASAN