NVIDIA Memperkenalkan Cip Pemprosesan Mudah-Alih Terbaru – NVIDIA Tegra X1

NVIDIA Memperkenalkan Cip Pemprosesan Mudah-Alih Terbaru – NVIDIA Tegra X1

Diterbitkan pada Jan 5, 2015 oleh .

Bersempena dengan CES 2015, pihak NVIDIA hari ini telah mula mengambil pentas utama, dan mengumumkan cip pemprosesan mudah-alih terbaru daripada mereka dan turut merupakan kemaskini kepada keluarga Tegra K1 sebelum ini, iaitu NVIDIA Tegra X1.

NVIDIA Tegra X1

NVIDIA Tegra X1 ini membawakan cip berasaskan lapan-teras 64-bit ARM, dan pada masa yang sama menggunakan architecture Maxwell padanya. Ia dikatakan membawakan kuasa pemprosesan lebih kurang 2 kali ganda lebih baik berbanding dengan cip pemprosesan Tegra K1 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.

Pihak NVIDIA turut mengatakan yang mana Tegra X1 ini berkuasa untuk menjalankan aplikasi desktop dan juga permainan – sekaligus memperlihatkan kuasa pemprosesan yang dibawakan olehnya ke peranti mudah-alih.

NVIDIA Tegra X1

Selain daripada hanya peranti mudah-alih, pihak NVIDIA turut memfokuskan penggunaan cip ini untuk kenderaan, dimana mereka turut mengumumkan sebuah “komputer kokpit digital” dinamakan sebagai NVIDIA Drive CX yang membolehkan pelbagai skrin paparan dalam kenderaan digunakan pada sesuatu masa- terutamanya pada dashboard. Disamping itu, pihak NVIDIA turut mengumumkan NVIDIA Drive PX yang mana merupakan sebuah komputer pemanduan automatik untuk kenderaan.


TIPS & ULASAN