Hewlett-Packard Memperkenalkan HP Zr – Menyertakan Paparan Realiti-Maya

Hewlett-Packard Memperkenalkan HP Zr – Menyertakan Paparan Realiti-Maya

Diterbitkan pada Jan 5, 2015 oleh .

Hewlett-Packard hari ini telah memperkenalkan sejumlah monitor baru, dan salah satu yang menarik perhatian ramai adalah skrin realiti-maya daripada mereka yang dinamakan sebagai HP Zr Virtual Reality Display.

HP Zvr Monitor

HP Zr Virtual Reality Display ini membawakan skrin bersaiz 23.6-inci, dan menjadi fokus utama padanya adalah sokongan untuk melihat gambar dalam bentuk 3D dan turut menggunakannya untuk mereka produk 3D dengan lebih baik. HP dilihat ingin memasarkannya kepada mereka yang terlibat dalam industri percetakkan 3D, membolehkan mereka hadir dengan rekaan produk 3D yang lebih baik berbanding menggunakan monitor biasa.

Pihak HP turut melengkapkan ia dengan teknologi yang dinamakan sebagai True Holographic Viewing – membolehkan pengguna berinteraksi dengan rekaan animasi 3D dalam masa-nyata.

Disamping pengenalan HP Zr Virtual Reality Display, pihak Hewlett-Packard turut memperkenalkan monitor-monitor lain, termasuk monitor yang membawakan skrin melengkung, dan juga monitor dengan paparan 4K dan juga 5K yang memfokuskan mereka yang terlibat dalam arena rekaan grafik dan multimedia.

HP Z34c Monitor


TIPS & ULASAN