“Sudah selesai salin? Boleh saya padan papan putih sekarang?” .Ini adalah dua ungkapan yang kerap didengari di dalam dewan kuliah universiti. Kerap kali pensyarah akan memadam nota yang ditulis pada papan hitam sebelum pelajar sempat menyalinnya. Dengan adanya telefon pintar pelajar yang pintar akan mengambil gambar nota yang ditulis tetapi merek masih perlu menyalin semula nota dari gambar yang diambil. Memandangkan penggunaan telefon pintar kini semakin biasa, mungkin evolusi pengambilan nota kuliah seterusnya ialah menggunakan Smart Kapp. Smart Kapp ialah papan putih yang memaparkan dan menyimpan apa yang ditulis secara terus ke peranti pintar secara serta merta. Tak perlu ambil gambar dan pensyarah tak perlu lagi menunggu nota yang ditulis disalin. Buat masa ini ia hanya menyokong peranti Android dan IOS. Peranti Android mempunyai kelebihan kerana ia boleh ditambat kepada peranti menggunakan teknologi NFC. Kepada badan wakil pelajar universiti tempatan, sila sarankan penggunaan papan putih pintar ini kepada HEP kolej anda dengan kadar segera.